"Anak lebam, kemaluan ada kesan terkoyak" Ujar Keluarga Mangsa | kes dera,kes buli, jenayah remaja, kes deraan, kes pengasuh, kes curi, kes anianya, kes lari, bermacam-macam kes ada.
PETALING JAYA - Kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan meninggal
dunia dipercayai kerana didera di rumah pengasuh di sebuah apartmen di
Seksyen 51A, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din
berkata, sebelum itu, ibu mangsa telah menghantar anaknya ke rumah
pengasuh pada jam 1 petang.
Namun kira-kira jam 2 petang, pengasuh telah menghantar pesanan melalui
WhatsApp menyatakan kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak sihat dan
muntah-muntah selain badannya yang lemah.
"Ibu mangsa yang bekerja sebagai juruwang kemudian datang ke rumah
pengasuh terbabit kira-kira jam 4 petang dan dapati anaknya itu tidak
sedarkan diri.
"Mangsa terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.40
petang," katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati terdapat kesan lebam pada badan mangsa.
Malah, bahagian kemaluan kanak-kanak terbabit juga cedera seperti kesan terkoyak.
Tambahnya, susulan itu, polis telah menahan dua lelaki dan seorang
wanita malam tadi di Petaling Jaya. Siasatan akan diteruskan dan
perkembangan akan dimaklumkan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
sumber: http://www.sinarharian.com.my







0 comments:
Post a Comment